.

.
Hello readers , I'm Nurul Shahratul Iman binti Roslan or for short Shara. Thanks for reading this blog. After you read please click button 'follow' and 'like' okay. And I'll follow your blog back. For followers that don't have link at their profile , I'm sorry because I can't follow you back. Thanks for your understanding.
With love Shahratul Roslan
__________________________________
SUKA BLOG SAYA ? JOMM LIKE :)
____________________

Wednesday 6 June 2012

OUTING!

Assalamualaikum.
*awas! entry ini panjang*

Ahhh, penatnya aku hari ni. Tadi kan, aku kan, keluar dengan anak saudara. Aku tahu mesti korang pelik kan. Apa barang keluar dengan 'anak saudara'? Duhh, jangan main-main. Anak saudara aku bukan berumur 2 3 tahun. Tapi dah besar panjang! Dah boleh jadi bapak orang rasanya. Hoho. Actually, malam tadi about 12.30am aiman ada text aku tanya nak ikut tak keluar beli kasut. Then, aku pun terus je bersetuju! Haha. Bosan duduk rumah, apa salahnya keluar. Mula-mula rasa macam tak yakin nak keluar dengan dorang sebab adil yang bawak kereta. Fuhhh. Seram okay. Then, lama-lama rasa ahhh..pedulikan. Jangan fikir sangat. And, pagi tadi bangun tanya mama nak keluar boleh. Then, bersoal jawab kejap dengan mama and mama izinkan. Fuyohh, bukan senang mama nak bagi keluar ni. Maybe sebab aku keluar dengan saudara so mama macam tak bimbang sangat. Hee.

Then, tibalah saat-saat dinantikan. Dalam pukul 1 aku dah siap-siap. Nampak tak yang aku ni excited nak keluar? Lullzz. Padahal nak keluarnya pukul 2. Lambat lagi kot. Harharhar. Dah siap dalam pukul 2, aku tunggu aiman dan adil datang jemput aku dekat rumah. Tunggu punya tunggu, weh mana korang ni?! Berbulu aku tunggu ni. After 30 minute, aku nampak kereta saga lama parking depan rumah. Mula-mula buat tak heran sebab adil selalu bawa kereta viva vroomm dia tu. Tapi aku rasa macam aku nampak aiman dalam kereta saga tu. Whatttt?!! Tu ke dorang? Kenapa kereta lain ni. Duhhh. Takpelah, aku pun keluar dengan muka manis habis. Dah masuk dalam kereta tu, mak oiiii! Ni kereta versi sauna ke apa ni? Panas bukan main lagi haa. Elok-elok make up aku 12inchi, terus tinggal 2inchi je tauu. Habis cair. Habis tak comel dah. 
*bunyi cengkerik* Then, adil tanya nak tukar kereta ke tak. Rupanya, along nik nak guna kereta viva tapi last minute tak jadi. So, apa lagi. Tukar je lah. Terpaksa lah patah balik rumah mak long aku. Tapi takpe, tak jauh pun.

Dalam perjalanan ke kajang plaza, kami berhenti dekat petromas nak isi minyak. Then, aku pergi masuk 'mesra' kejap nak beli topup. Lepas beli, terus keluar menuju ke kereta. Tiba-tiba aiman berkata 'wallet tertinggal, kena patah balik' like seriously? Mula-mula aku tak percaya sebab dorang ni suka cakap main-main. Tapi bila dah tanya banyak kali, dan muka dorang pun serious and aku pun kkkkk..maksu percaya. Haha. Haa, nak bagitahu ni yang aku ni dipanggil 'maksu' oleh anak saudara aku. Tapi adil je yang panggil aku 'ciksu'. Spoil betul! Mentang-mentang dia lagi tua dari aku. Konon malu nak panggil aku 'maksu'. Hampehh tau adil ni -.- sambung cerita, kami pun terpaksa lah patah balik ke rumah maklong sekali lagi. Haisshh, nasib baik bukan aku yang bawa kereta. Kalau tak, memang panggg jawabnya! K, aku memang garang angatt~ Dalam perjalanan balik ke rumah maklong tu, fuhhhh.. adil bawa macam dekat F1 okayy. Dah lah lesen dengan ic tak bawa, ada hati pulak nak drift. Aku dekat tempat duduk belakang mengucap je lah. Melayang kot! Lagi-lagi masa nak belok. Imagine lah macam mana keadaan aku masa tu. Tak sampai berapa minit kami dah sampai dekat rumah maklong. 

After that, kami teruskan perjalanan ke kajang untuk membeli kasut aiman. Masa dah sampai kajang tu, ada pulak masalah lain iaitu 'parking'. Aku suggest parking dekat dalam je lah. Tapi dibangkang oleh adil dan aiman. Mereka kata nanti banjir susah nak keluar. Bahaya katanya. Dalam hati aku berkata 'iyelah, panas panas buta ni memang senang nak banjir. Senang sangat' *muka annoying* Lama jugaklah kami cari tempat parking. Berapa kali tawaf aku pun tak tahu. Last-last cadangan aku tadi tu jugak mereka guna. Parking dekat dalam metro plaza tu. Alahai, kan bagus kalau dari awal korang dengar cakap aku. Tu lah, degil sangat! Mentang-mentang aku sorang je perempuan. Nak buli aku lah tu. K, aku pasrah -.-

After a few hour at kajang plaza, semua barang dah beli then kami ke metropoint pulak. Nak cuci mata sambil cari kasut untuk along nik a.k.a ayahanda aiman. Sampai je dekat metropoint, tempat pertama kami tuju adalah surau. Betapa solehnya kami. Nak cari surau kemain lama. Last-last tanya orang. Haha. Takpe, malu bertanya sesat jalan hoii. After solat semua kami meneruskan misi kami. Dan sebelum balik, kami beli coolblog. So cool lah. Sedap sangat tauu!

Keluar dari metropoint terus menuju ke kereta. Dan teruskan perjalanan ke mcD btho. Fuhh, banyak tempat kami jelajah. Sampai dekat mcD, beli-beli semua aku ingat nak balik dah masa tu. Tapi belum lagi. Si aiman sebok ajak pergi tengok tadika dia masa  kecik-kecik dulu. Aku pun ikut je lah kehendak dia. Nak membantah tak berani. Tak pasal-pasal nanti dorang tinggalkan aku dekat tepi jalan. Jangan main gila woii. Jalan punya jalan, pandu punya pandu tak jumpa-jumpa lagi tadika aiman ni. Dah runtuh barangkali. And for your information guys, kami sesat tadi. Cuak gila aku wehh. Dah lah adil tak fasih sangat jalan sini sebab dia duduk melaka dan baru balik dari UK. Yang aiman pulak asyik kata 'tak tahu'. Aku? Aku hanya duduk di belakang sambil meratap sedih sebab dah sesat. Seriously, aku tak pernah jalan dekat tempat tu. Tapi yang paling menyirapnya bila adil dengan aiman boleh pulak karoke dalam kereta tu. Woii, sedar tak yang kita dah sesat ni? Kenapa air muka korang tak takut langsung? Bedebah punya budak! Aku pun cubalah watlek,watpeace macam kacang pis. Dalam 30minit kami sesat, akhirnya aku ternampak signboard nak pergi carrefour btho. Yes yes yes! Then, aku suruh adil ikut signboard tu. And finally, kami jumpa jalan keluar. Fuhh, kami sesat sampai taming jaya kot. Bayangkan dari btho sampai taming jaya? Jauh tak jauh tu? Herrr. 

Dah jumpa jalan keluar, kami pun bercadang nak pergi giant baru dekat cheras. Alah, dekat dengan rumah aku. Haha. Dari pukul 6 sampai pukul 7 suku kami dekat sana. Lambat sebab tunggu tariyaki si adil dengan aiman. Kematu lutut gua! 7 lebih kami pun pulang ke rumah. Adil terpaksa bawak laju. Eh, terpaksa? Puihhh. Adil always bawak laju okay. Sampai terpelanting aku tahu tak. Kesian gila aku dekat belakang. Dah lah selalu kena buli dengan dorang. Sadis! Bytheway, best gila keluar dengan dorang tau. Even, aku asyik jadi bahan ketawa mereka. Ahh, lantak janji enjoy! K, aku dah penat taip panjang panjang ni. Maaf kalau ada kesalahan ejaan. Aku malas nak check. Bye semua. 


YOU MAKE MY LIFE WORHTWHILE, IT'S ALL ABOUT YOU.

No comments:

Post a Comment