Assalamualaikum.
Hari ni dah masuk tiga hari aku tak pergi sekolah. Sebabnya? Aku sakit. Sakit apa? Adalah, RAHSIA. Hee. Selama tiga hari aku cuti ni memang rasa bosan gila. Rindu nak jumpa kawan-kawan. Rindu nak borak-borak dengan kawan. Rindu dekat sekolah. Erkk? Hahaha k. Hidup aku sekarang penuh dengan ubat-ubatan. Kenapa kalau sakit je mesti kena makan ubat? Kenapa kenapa kenapa! Ubat tu lah musuh ketat aku. Aku benci ubat. Tak tahu lah kenapa. Kesian dekat ubat tu sebab telah dibenci oleh aku. Ish ish ish. Insyaallah, kalau aku dah sihat, hari isnin ni aku pergi sekolah. Hmm. Agak-agak, dorang rindu aku tak? Ahhh, mesti dorang tak pedulikan aku. Aku sedar aku siapa. Duhh, dah kenapa jiwang karat malam ni. Herrrr. Kawan-kawan, shara rindu sangat dekat korang. Dalam minggu ni sehari je shara dapat jumpa korang. Korang doakan shara cepat sembuh okay. Rindu nak gelak gelak, buli buli, jeling jeling dengan korang. Ahhh, jangan menangis shara hoiii! Dah dah, lap air mata. Bye, Assalamualaikum :')
No comments:
Post a Comment