Kembalinya aku,
Dengan berjuta kata.
Tapi sayang,
Kaku tidak dapat di ungkap.
Kembalinya aku,
Bersama hati dan jiwa.
Tapi sayang,
Tidak di hiraukan.
Kembalinya aku,
Bersama luka semalam.
Tapi malang,
Ianya tetap berdarah.
Ya, masih pedih.
Kembalinya aku,
Dengan kegembiraan.
Tapi malang,
Perasaan itu hanya sekejap cuma.
Tinggal aku,
Kembali merintih.
Dunia aku kembali sepi.
Kembali sunyi.
Aku pergi membawa diri,
Ke dunia imaginasi.
Yang penuh warna warni.
Dikelilingi pelangi.
Biar aku terus berimaginasi,
Kerana aku tak sanggup menghadapi realiti.
Yang penuh ranjau berduri.
-SR-
No comments:
Post a Comment