Haii guys !
Sekarang jantung aku tak stabil. Asyik berdebar-debar sejak aku IM dengan A tadi. Kami chat kejap je. Then , kakak aku nak guna lappy. Dia pun ada aktiviti. Okay , aku mengaku yang aku dah mula rasa semacam dengan A. Ya Allah , kenapa boleh jadi macam ni. Aku tertarik dengan A sebab sikap dia yang matang tu. Yess , ILIKELELAKIMATANG ! Umur dia pun lebih tua dari aku. Tapi , takde lah sampai pangkat pakcik , atok , moyang macam tu. Kira dia macam abang aku lah senang cerita. Tapi , Okay lah tu kann. Takkan perempuan nak lelaki yang lebih muda. Mustahil ! Eh , kejap ! Mesti korang pelik kan , kenapa aku panggil dia A ? Haa , nama dia yang sebenar bukan lah 'A'. Tapi , hmmm adalah. Mana boleh mention sini. Kot kot dia baca blog aku ni tak ke haru. Malu besar wooo.
'AWAK , SAYA SUKA DEKAT AWAK LAH. MACAM MANA NI ? APE SAYA NAK BUAT NI? NI SEMUA SALAH AWAK. AWAK BUAT SAYA RASA RESAH GELISAH TAHU TAK.'
No comments:
Post a Comment