.

.
Hello readers , I'm Nurul Shahratul Iman binti Roslan or for short Shara. Thanks for reading this blog. After you read please click button 'follow' and 'like' okay. And I'll follow your blog back. For followers that don't have link at their profile , I'm sorry because I can't follow you back. Thanks for your understanding.
With love Shahratul Roslan
__________________________________
SUKA BLOG SAYA ? JOMM LIKE :)
____________________

Saturday, 17 March 2012

KAWAN

Assalamualaikum.

Title post hari ni pasal kawan. Actually, aku nak cerita pasal someone yang aku pernah sayang dulu. But sekarang aku hanya anggap orang tu sebagai kawan je. Bukan boyfriend, bukan abang, bukan bestfriend, bukan! Aku anggap orang tu sebagai kawan biasa. Ya, hanya kawan biasa! Seriously, aku memang pernah sayangkan kau. Tapi tu semua cerita lama. Dulu dan sekarang lain kan? Memang aku dah maafkan kau tapi nak melupakan apa yang kau dah buat tu, sangat susah weh! Maybe aku boleh lupakan, tapi kena ambil masa lah. Dan masa yang nak diambil tu bukannya dua tiga hari, bukannya dua tiga minggu, dan bukannya dua tiga bulan. Mungkin bertahun-tahun. Dua tahun aku sayangkan kau, dua tahun kita pernah kongsi rasa sayang, rasa gembira, rasa sedih, rasa marah sama-sama. Dan dalam dua tahun tu jugak kita pernah putus, kita pernah bergaduh dan kita pernah rasa sakit hati. Bukan semudah tu aku nak lupakan weh. Bukan semudah tu aku nak lupa apa yang kau dah buat. Kau tinggalkan aku tanpa sebab yang munasabah. Kadang-kadang kawan-kawan aku tanya 'sebab apa korang clash?'. Kau nak tahu apa jawapan aku? Aku cakap 'jodoh aku bukan dengan dia'. Aku jawab macam tu sebab aku tak tahu apa sebab kau tinggalkan aku. Kau tak bagitahu apa salah aku, tiba-tiba je kau mintak putus. Bayangkan weh, aku ni perempuan. Perempuan hatinya lembut, siapa yang tak sedih bila kena macam tu kan? Depan orang aku kuat, tapi bila aku duduk sorang-sorang aku menangis weh. Takde siapa yang tahu semua tu. Then, tak lama tu kau dah ada orang lain. Time tu hati aku betul-betul dah tawar dengan kau. Memang dah tak ada langsung rasa sayang dekat kau. Yang ada hanya rasa benci. Maafkan aku sebab benci kau. Kalau boleh aku taknak ada rasa benci dekat sesiapa pun. Langsung taknak! Tapi aku tak boleh kawal hati aku untuk tak bencikan kau. Hati aku sakit sangat weh. Ya, aku bencikan kau tapi tak bermakna aku berdendam dengan kau. Aku taknak simpan dendam dalam hati sebab aku tahu dendam tu boleh makan diri aku sendiri. Bila tengok kau bahagia dengan girlfriend baru kau, aku pesan dekat diri aku, takpelah mungkin kau bukan untuk aku dan aku bukan untuk kau. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya kan. Maybe Allah nak temukan aku dengan orang yang lebih baik dari kau. Dan begitu juga dengan kau. After a few month, kau contact aku. Kau minta maaf semua, and masa aku fikir maybe kau ada masalah dengan girlfriend kau then barulah kau nak cari aku. Ya, aku memang suka fikir benda yang negatif. Tapi benda tu memang betulkan? Girlfriend kau tinggalkan kau tapi aku tak tahu lah sebab apa dia tinggalkan kau. Dan aku memang taknak ambil tahu pun. Kau cakap, kau nak berkawan dengan aku dan aku pun cakap okay, kita kawan. Tapi kau kena ingat, aku reply text kau semua tu tak bermakna aku boleh terima kau. Then, pasal yang kau ajak jumpa tu memang aku tak boleh. Sejujurnya aku tak boleh tengok muka kau. Aku mintak maaf, maybe kau akan sakit hati bila dah baca blog aku ni. Aku taknak tipu diri aku sendiri. Aku kena jujur supaya kau tak salah anggap dengan aku. Aku bukan nak bermusuh dengan kau, tapi biarlah kita bawa haluan masing-masing. Kau dengan hidup kau, aku dengan hidup aku. Boleh kann? Yang pasal kawan tu, aku boleh terima kau sebagai kawan tapi hanya sebagai kawan biasa. Aku harap kau faham dengan situasi aku sekarang. Aku post cerita ni bukan untuk minta simpati kau atau apa. Aku cuma nak kau faham situasi aku! Aku minta maaf banyak-banyak kalau post ni buat kau sakit hati ke apa. Tak terniat pun nak buat kau sakit hati, cuma nak meluahkan rasa hati yang dah lama aku simpan.

Sorry guys, entah kenapa malam ni aku emosional sangat. *lap air mata*
Abang spec, saya rindu awak. Bye.

YOU MAKE MY LIFE WORHTWHILE, IT'S ALL ABOUT YOU.

No comments:

Post a Comment