.

.
Hello readers , I'm Nurul Shahratul Iman binti Roslan or for short Shara. Thanks for reading this blog. After you read please click button 'follow' and 'like' okay. And I'll follow your blog back. For followers that don't have link at their profile , I'm sorry because I can't follow you back. Thanks for your understanding.
With love Shahratul Roslan
__________________________________
SUKA BLOG SAYA ? JOMM LIKE :)
____________________

Saturday 2 June 2012

CERITA :)

Assalamualaikum. 
Menulis blog sambil buat muka comel, kelip kelip mata.

Hari ni kita nak cerita pasal cerita semalam. Hoho. Petang semalam mama bawa balik kucing yang auuwww, comel sangat! Comel macam kita tau *ayat mengundang* Okay, mula-mula masa mama balik mama hon kereta then kita zupppppppppp! Terus keluar rumah sebab excited nak tengok kucing tu. Bila dah mata bertentangan mata dengan kucing tu, hati kita rasa ahhhhhh..kenapa comel sangat kau ni kucing hoii?! Tetiba rasa diri ini dah tak comel bila tengok ada makhluk tuhan yang lagi comel dari kita. K, kita tipu je. Kita panggil kucing tu 'comel' tapi yang lagi manja, kita panggil 'omeyy' je. Alolo, omeyy omeyy. Then, kita bawa omeyy masuk dalam rumah. Mula-mula dia rasa tak selesa agaknya sebab dekat rumah kita ada tiga ekor kucing jantan and seekor kucing betina. Sejak dari semalam kucing jantan kita yang nama mashmellow tu asyik nak ngorat omeyy je. Tapi, omeyy tak layan. Kesian mashmellow. And sejak dari semalam juga, kucing betina kita nama shin chan asyik pandang tak puas hati je dekat omeyy. Kita tahu shin chan rasa tercabar bila ada kucing yang lagi comel dari dia dekat dalam rumah ni. Hoho. Kita ingat nak upload gambar omeyy dalam post ni tapi tak dapatlah. Omeyy malu-malu kucing pulak masa kita nak tangkap gambar dia. Menyirap weh! Semua gambar dia blur. Hampeh punya kucing. Nasib baik kau comel omeyy, kalau tak dah lama aku humban. Haha. Kita gurau je. 

_________________________________________

Cerita hari ni, tadi kita bangun awal. Okay, nak bangga kejap lah. *senyum pandang atas* Bangun awal pun setelah dikejutkan oleh suara kakak saya yang nyaring lagi kuat. Sesiapa yang ada sakit jantung, disarankan supaya menjauhkan diri dari kakak saya. Haha. Selepas bangun, lepak-lepak dalam bilik jap then kemas rumah. After that, siap-siap nak keluar. Keluar kemana? Keluar pergi tengok rumah sewa kakak aku. Tak memasal aku pun turut terlibat. Dia yang nak duduk rumah tu, gua pulak jadi mangsa. Dengan cuaca panasnya kami berjalan menuju ke bus stop. Hampir rentung jugaklah kulit aku ni. Dengan ketiak yang berlecak lagi. Perhhh, terus tak comel dah tauuuuu. Tunggu punya tunggu, still tak nampak bumbung bus. Time nak naik bus tu lah, bus tak ada. Siapa tak menyirap kan? Then, tunggu lagi....haaa! Ada pun bus. Ingatkan station bus tutup hari ni. Nasib baik~ Dalam hati dah niat dah kalau naik bus, aku nak duduk malas nak berdiri. Naik je bus, pandang depan, pandang kiri, pandang kanan...k, tak ada kerusi kosong. K, aku kena berdiri. K, lutut aku dah kematu. K, aku pasrah! After few minit kami sampai maluri, naik lrt pergi cempaka. Sampai station cempaka, tunggu kawan-kawan kakak aku sampai. Dorang dah sampai, then kami semua jalan kaki pergi rumah sewa tu. Dahlia court tak silap nama tempat tu. Then, tengok-tengok rumah bla bla bla bla.. Dah siap semua, kami pergi bincang-bincang. Eh, bukan kami. Mereka je yang bincang, aku hanya jadi pemerhati yang terhormat. Perhatikan gelagat mereka yang risau macam mana nak cari duit deposit rumah tu. Ha, padan muka hangpa! Hahaha. Dah settle semuanya. aku dengan kakak aku pergi jj maluri. Shopping sikit sambil cuci mata. Hoho. Then, balik tunggu bus and sampai rumah akhirnya! Dan akhirnya habis juga aku bercerita. Fuhhh.. Ending cerita ni memang macam keling. Aku memang tak suka buat ayat penutup. Dalam karangan pun, aku cincai je buat penutup. Ahh, peduli apa? Janji isi mantoppp! Haha, Dah, kbye!

YOU MAKE MY LIFE WORHTWHILE, IT'S ALL ABOUT YOU.

2 comments: